Buatmu..

Sunday, 5 September 2010 1 comments
Assalammualaikum.wrt. wbt.
Buatmu,

Entah angin apa yang membuai diriku ini,hati ku kuat ingin mencoretkan isi hati yang selama ini aku simpan rapi dalam hati ku ini...sekeras mana pun hati ku ini untuk menerima insan yang bergelar lelaki dalam hidup tidak mampu aku lakukan sesungguhnya kuasa Tuhan lagi Agung dan setiap apa yang diberikan nya pasti ada hikmah yang diketahuainya...mungkin aku terlalu ego dengan diri aku sendiri...sesungguhnya aku tidak pernah menyesal apa yang dikurniakan nya kepada  aku ini...walaupun hati aku sakit..Ya Allah kau lindungi lah hambamu ini agar aku tabah menghadapi hari2 yang akan datang...selagi aku terdaya aku akan tahan atas apa dugaan yang menimpa aku...
Selama 20 tahun aku gembira dan senang dengan cara kehidupan aku selama ini namun segalanya  kerana takdir yang menemukan kami....sesungguhnya sejak kecil aku telah dididik oleh ayah dan ibu dengan nilai-nilai keagamaan..aku bersyukur kepada Ilahi...berbalik kepada tujuan kenapa isi hati ku ini begelora dengan jiwa ku sendiri ini...berikan aku ruang untuk bernafas dalam seketika..selama ini 20 tahun aku tidak pernah percaya apa itu cinta namun sejak kehadiran nya hati ku begitu lembut sampai ku ukirkan sendiri kasih yang selama ini aku tolak dan tolak supaya tidak hadir langsung dalam hidup aku kerana aku takut terluka...tapi aku telah pun terluka kerana diri aku sendiri yang mengukir kasih sayang dalam diri tanpa diminta oleh sesiapa pun...

Sesunggunya dia begitu sempurna dimata ku segala yang diimpikan oleh aku ada dalam dirinya...aku begitu inginkan nya...namun apa daya ku dia bukan ditakdirkan untuk aku malah untuk insan lain..aku cuba untuk menjauhi diriku darinya dan aku tipu diri aku bahawa aku tidak sayangnya  tapi hanya Tuhan yang tahu...setiap kali aku cuba melupakan nya dan menjauhi dirinya dia hadir tanpa aku minta pun...kenapa???? dan kenapa...hati ku ini tidak kuat dan setabah Srikandi Allah yang lain yang mampu bertahan dari kasih sayang yang bukan miliknya...aku hanya wanita akhir zaman yang tidak punya  apa-apa pun...aku hanya mampu mengutip sisa-sisa keimanan ku ini sahaja.

Mulut mengatakan bahawa aku sudah lupakan dia namun hakikat yang nyata..hati aku belum lagi lupakan dia...setiap kali bayangan dia hilang dari kotak fikiran aku dia sentiasa hadir mengingat kan aku kepadanya...Ya Allah aku tidak kuat Ya Allah..tolong hambamu ini...mungkin ini dugaan Allah pada aku...aku lebih rela tidak mempunyai perasaan ini terhadap mana-mana lelaki yang betul-betul ditakdirkan untuk ku...iaitu jodoh ku sendiri yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak Luh Mahfuz..

Namun aku cuba untuk pujuk hati ku ini yang mampu memberi senyuman yang paling manis dalam diri aku ini...terima kasih Ya Allah... Pertemuan… menghadiahkan kita kasih sayang… jika cinta satu pasti bertemu...ia tidak ternilai… kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi… kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita… jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi… biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu… berpisah tak gelisah…

Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu …Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda....







*serba sedikit telah diolah oleh saya dari rujukan yang ada

1 comments:

Post a Comment

Follow

©Copyright 2011 I'm not Srikandi...0.o | TNB