Saya tertarik dengan ayat dibawah ini yang menyatakan dimana syurga suami, kebanyakan yang kerap kali didengar adalah syuarga isteri terletak dengan keredhaan suami tapi tidak dipikirkan suami itu layak ke tidak untuk menentukan ke arah keredhaan Allah S.W.T. , tapi bagaimana pula dengan segelintir sikap yang menganggap dia kononya dia laa yang menentukannya seglanya, ibarat seperti perlu mengikuti segala kehendaknya...tapi YA Allah engkau begitu adil walaupun dalam al-quran telah menyatakan perempuan diangkat tinggi darjatnya tetapi kaum lelaki atau suami masih memandang isteri mereka seperti tidak bernilai dpandang sepi ibarat kain buruk yang terbiar.. tidak kah mereka fikir hati seorang isteri tapi hanya memikirkan HAK suami sahaja...sudah jelas lagi nyaya Allah itu adil, dalam hadith nya..
Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:
“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”.(Riwayat At-Tirmizi)
Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.
Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.



0 comments:
Post a Comment